Thursday, February 27, 2014

Pelanggan Korporat

Kuah Kacang Segera Sudiharti terus mendapat kepercayaan dan pengiktirafan profesional apabila sebuah lagi hotel di Shah Alam kini menerima pakai Kuah Kacang Segera Sudiharti dalam menu yang ditawarkan mereka. Disamping itu, beberapa hotel lain sedang dalam peringkat akhir menilai Kuah Kacang Segera Sudiharti bagi matlamat yang sama.

Pasaran Shah Alam dan sektor.korporat ini berjaya dimasuki oleh Kuah Kacang Sudiharti hasil daripada kerjasama erat dengan pengedar kawasan tengah, Excellent Biz Venture, yang beroperasi di Rawang.

Pelanggan Korporat dilihat sebagai suatu pengiktirafan bagi produk IKS seperti Kuah Kacang Segera Sudiharti. Dengan pesanan konsisten, Sudiharti berharap untuk menyaksikan pertumbuhan perolehan yang lebih kukuh dan berkembang pesat dalam tahun 2014 ini.

Wednesday, February 19, 2014

Showcase IKS Kedah @ Melaka

insyaaAllah, Kuah Kacang Segera Sudiharti akan hadir ke Melaka pada 22 - 24 Feb 2014 sempena program Showcase IKS Kedah anjuran Pejabat MB Kedah. Nantikan update selanjutnya nanti.

Sunday, February 9, 2014

Lokasi Pengedar

Kuah Kacang Sudiharti amat mudah digunakan. Juga, ianya semakin mudah diperolehi. Melalui program pemasaran yang agresif di kawasan Lembah Kelang, semakin banyak outlet dan agen mobile/online kini menawarkan produk Kuah Kacang Segera Sudiharti.

Shah Alam
1. Az-Zain Mini Mart Seksyen 15
2. Usrah Halal Mart Seksyen 3
3. Az-Zain Taman Saga, Hicom
4. Az-Zain TTDI Jaya
5. Pasar Segar Mak Siti, Tmn Bukit Subang
6. Pasar Segar Pak Aji, Seksyen 7

Subang Jaya/USJ
1. Az-Zain Goodyear Court

Sg. Buloh
1. Az-Zain Bukit Rahman Putera

Rawang
1. Az-Zain Bandar Tasik Puteri
2. Az-Zain Batu 17, Rawang

Nilai
1. Az-Zain Taman Acacia, Bdr Baru Nilai

Bagi belian mobile/online, sila lawati www.facebook.com/excellentbizventure atau email oneness57@yahoo.com (+6012 393 9315)

KUAH KACANG SEGERA SUDIHARTI

Kuah Kacang Segera Sudiharti merupakan produk utama keluaran Syarikat Sudiharti Enterprise. Kuah Kacang yang dihasilkan mengikut resepi tradisi turun temurun ini telah melalui transformasi teknologi, sehingga membolehkannya dipaketkan dalam bentuk serbuk. Ianya lengkap mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan bagi kegunaan pelbagai.

Kuah Kacang Segera Sudiharti ini sesuai digunakan sebagai Kuah Satay, Kuah Nasi Himpit, Kuah Pecal ataupun Gado-gado, Pencicah Cucur Udang dan juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam gorengan mee, bihun ataupun kuetiaw.

Penyediaan adalah amat mudah.


- HANYA TAMBAH AIR -


kuah kacang segera 3




1. Gunakan satu kotak/pek 200g Kuah Kacang Segera Sudiharti. Pek ini akan menghasilkan kira-kira 400g - 500g kuah kacang sedia dimakan apabila siap dibancuh nanti.



kuah kacang segera 4
Langkah 2






2. Tuangkan kandungan pek tersebut kedalam satu mangkuk saiz sederhana.



kuah kacang segera 5
Langkah 3




3. Tuangkan satu cawan ataupun kira-kira 200ml hingga 250ml air panas (yang baru menggelegak) kedalam mangkuk tadi.

kuah kacang segera 6
Langkah 4


4. Kacau campuran hingga sebati dan biarkan selama 2-3 minit untuk serbuk kacang menyerap air panas dan menjadi kembang.











Kuah Kacang Segera Sudiharti telah sedia untuk dihidangkan sebagai pencicah juadah minum petang anda.

Tentang SUDIHARTI

kuah kacang segera 1
Logo SUDIHARTI
Sudiharti Enterprise merupakan sebuah syarikat SME milik penuh bumiputera yang beroperasi di unit Pejabat dan Kilang di Taman Wira, Alor Setar, Kedah Darulaman. ditubuhkan pada tahun 1996, Sudiharti Enterprise mula mengorak langkah yang lebih agresif dalam kerja-kerja pemasaran sejak 6 tahun kebelakangan ini.

Produk keluaran Sudiharti Enterprise adalah bahan makanan asas tani yang diproses dan sedia digunakan. Produk utama syarikat adalah Kuah Kacang Segera dan Rempah Kari. (Maklumat lanjut berkaitan produk-produk Sudiharti akan disentuh dengan lebih lanjut dalam posting berkaitan produk nanti)


kuah kacang segera 2
Salah Satu Pengiktirafan
yang telah diterima
Sudiharti Enterprise berbangga menjadi salah satu syarikat SME yang diberi pengiktirafan-pengiktirafan seperti 1Malaysia Best daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi FAMA. Selain daripada FAMA, syarikat juga bernaung dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi lain seperti MADA, MARDI, MATRADE dan Jabatan Pertanian.

Kedatangan 2014 ini menyaksikan usaha berlipat ganda daripada pihak pengurusan bagi membawa Sudiharti Enterprise ke suatu tahap yang lebih baik. Sasaran pasaran kini diperluaskan kepada dua segmen iaitu Tempatan dan Antarabangsa.

Lembah Kelang menjadi fokus utaman bagi segmen tempatan sementara, melalui kerjasama dengan MATRADE, strategi sasaran pasaran antarabangsa kini sedang dikemaskini dengan perlaksanaan dijangka akan dimulakan menjelang suku kedua tahun 2014 nanti.

Layari laman sosial kami di facebook Sudiharti untuk maklumat-maklumat tambahan.