Sunday, February 9, 2014

KUAH KACANG SEGERA SUDIHARTI

Kuah Kacang Segera Sudiharti merupakan produk utama keluaran Syarikat Sudiharti Enterprise. Kuah Kacang yang dihasilkan mengikut resepi tradisi turun temurun ini telah melalui transformasi teknologi, sehingga membolehkannya dipaketkan dalam bentuk serbuk. Ianya lengkap mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan bagi kegunaan pelbagai.

Kuah Kacang Segera Sudiharti ini sesuai digunakan sebagai Kuah Satay, Kuah Nasi Himpit, Kuah Pecal ataupun Gado-gado, Pencicah Cucur Udang dan juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam gorengan mee, bihun ataupun kuetiaw.

Penyediaan adalah amat mudah.


- HANYA TAMBAH AIR -


kuah kacang segera 3




1. Gunakan satu kotak/pek 200g Kuah Kacang Segera Sudiharti. Pek ini akan menghasilkan kira-kira 400g - 500g kuah kacang sedia dimakan apabila siap dibancuh nanti.



kuah kacang segera 4
Langkah 2






2. Tuangkan kandungan pek tersebut kedalam satu mangkuk saiz sederhana.



kuah kacang segera 5
Langkah 3




3. Tuangkan satu cawan ataupun kira-kira 200ml hingga 250ml air panas (yang baru menggelegak) kedalam mangkuk tadi.

kuah kacang segera 6
Langkah 4


4. Kacau campuran hingga sebati dan biarkan selama 2-3 minit untuk serbuk kacang menyerap air panas dan menjadi kembang.











Kuah Kacang Segera Sudiharti telah sedia untuk dihidangkan sebagai pencicah juadah minum petang anda.

No comments:

Post a Comment